Logo Olimpik tiba di Tokyo

TOKYO, 17 JAN – Logo ikonik Olimpik sudah tiba di Tokyo hari ini.

Jepun selaku tuan rumah sukan Olimpik tahun ini meletakkan logo Olimpik di Teluk Tokyo dan akan kekal di sana sehingga hari upacara pembukaan Olimpik pada 24 Julai dan upacara penutup pada 9 Ogos 2020.

Logo yang berwarna biru, hitam, merah, kuning dan hijau itu akan digantikan selepas upacara penutup sukan Olimpik dengan simbol sukan Paralimpik yang dipanggil agitos, berbentuk tiga berus strok merah, biru dan hijau. Agitos yang merupakan bahasa Latin bermaksud “Saya Bergerak.” Lima bulatan logo Olimpik itu berdiri megah pada ketinggian 15.3 meter, sekitar 50 kaki tinggi dan 32.6 meter panjang serta 100 kaki lebar.

“Kami membuat keputusan untuk mendirikan logo Olimpik itu pada masa ini sebab kami mahu mengutamakannya pada temasya Sukan Olimpik tahun ini,” jelas Kenichi Kimura, pegawai Olimpik dari Tokyo Metropolitan.

Lokasi logo Olimpik di Teluk Tokyo adalah tempat Taman Odaiba Marine di mana acara triathlon dan berenang jarak jauh diadakan. Lokasi itu sangat sesuai untuk siaran televisyen serta pemandangan air dari udara Tokyo dan jambatan Rainbow Tokyo.

Banyak lokasi bagi upacara sukan berprestij ini akan berlangsung di sekitar Teluk Tokyo dan menjadikan logo ikonik itu tarikan pada 24 Januari ini apabila Tokyo mengadakan pertunjukan bunga api sebagai menandakan enam bulan lagi sebelum upacara Sukan Olimpik Tokyo.- AP

Logo gergasi Olimpik terapung berdekatan Jambatan Rainbow di daerah Odaiba Tokyo pada 17 Januari.
– AP