Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Logo Walt Disney Co. muncul pada skrin di atas lantai Bursa Saham New York pada 7 Ogos 2017

    CALIFORNIA, 8 FEB – Walt Disney Co. berkata kelmarin bahawa ia membayar AS$1.5 bilion untuk kepentingan dalam pembuat ‘Fortnite’ Epic Games, bekerjasama dengan pembangun permainan untuk mencipta permainan dan alam semesta hiburan yang akan menampilkan permainan, rancangan dan watak daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi.

    “Ini merupakan langkah terbesar Disney ke dalam dunia permainan dan menawarkan peluang besar untuk pertumbuhan dan pengembangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger dalam satu kenyataan.

    Disney berkata kedua-dua syarikat itu telah bekerjasama dalam kandungan Fortnite, termasuk Marvel Nexus War with Galactus, yang menarik lebih 15.3 juta pemain serentak. – AP

    Logo Walt Disney Co. muncul pada skrin di atas lantai Bursa Saham New York pada 7 Ogos 2017. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda