Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Loji batu hangus dan simen bersepadu akan dibina di Tongod, Sabah

    KOTA KINABALU, 2 OGOS – Sebuah loji batu hangus dan simen bersepadu akan dibina di Pinangah, Tongod sekali gus menyediakan akses kepada 5,000 tan batu hangus setahun bersamaan dengan 1.75 tan simen setiap tahun, serta dijangka mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan terutama untuk masyarakat setempat.

    Tongod ialah sebuah daerah yang terletak di wilayah pedalaman Sabah iaitu 266 kilometer dari tenggara Kota Kinabalu.

    Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Ketua Menteri Sabah menjelaskan berdasarkan keperluan semasa negeri sebanyak 1.4 juta tan setahun maka, bekalan tambahan itu akan memastikan harga simen yang lebih konsisten dan murah di Sabah.

    Pemeteraian perjanjian usaha sama antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Sri Alam Setia Sdn Bhd hari ini membawa kepada penubuhan Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd untuk meneraju pembangunan itu.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan pemeteraian perjanjian itu di Menara Kinabalu di sini.

    Projek itu akan mentransformasikan Tongod, seiring dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan dengan membawa masuk projek berimpak tinggi, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda