Sunday, January 5, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Loji meletup ragut 5 jiwa

    BEIJING, 16 JAN – Letupan loji kimia di China menyebabkan lima orang terbunuh dan lapan hilang, lapor media kerajaan hari ini.

    Letupan berlaku pada petang kelmarin di sebuah kilang di wilayah Panshan, di timur laut wilayah Liaoning, menurut siaran tempatan, CCTV, yang melaporkan kebakaran di loji tersebut itu sudah pun terkawal.

    Pengiraan awal menunjukkan dua kematian dan 12 orang hilang, serta 34 orang cedera.

    Video dan gambar yang diterbitkan awal hari ini oleh CCTV menunjukkan kepulan asap tebal dan api marak dari kilang dengan sekumpulan anggota bomba memakai topi keledar di luar loji.

    CCTV menyatakan lebih 330 anggota bomba telah dihantar untuk memadamkan kebakaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda