PARIS, 5 MAC – World Athletics hari ini mengumumkan bahawa Kejohanan Larian Jalan Raya mereka akan dipindahkan dari bandar San Diego, Amerika Syarikat.
“Selepas perbincangan terperinci antara World Athletics dan jawatankuasa penganjur tempatan… telah dipersetujui bahawa Kejohanan Larian Jalan Raya World Athletics tidak lagi akan diadakan di San Diego pada bulan September seperti yang dirancang,” kata badan induk olahraga itu dalam satu kenyataan.
“World Athletics kini sedang berbincang dengan calon tuan rumah lain dan dijangka akan mengumumkan lokasi baharu tidak lama lagi.”
Kejohanan itu sebelum ini dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 September.
Tracy Sundlun, Ketua Pegawai Eksekutif jawatankuasa penganjur berkata: “Kami benar-benar menantikan untuk menyambut dunia larian ke San Diego pada bulan September ini, tetapi malangnya ia tidak dapat direalisasikan buat masa ini.
“Buat masa ini, kami di Team San Diego akan melakukan segala yang termampu untuk membantu World Athletics dalam peralihan lancar Kejohanan 2025 ke lokasi baharu.” – AFP
