LAHORE, PAKISTAN, 18 MAC – Ratusan warga Pakistan yang pulang melakukan perjalanan dari Iran mengeluh ketika dikuarantin dalam kawasan perkhemahan yang kotor dengan rawatan perubatan yang terhad sekali gus menimbulkan kebimbangan akan berlakunya penularan COVID-19. Bercakap kepada AFP, penduduk yang dikuarantin di perkhemahan Taftan di sempadan Iran berkata kemudahan itu tidak mempunyai air atau tandas