Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lombong emas bocor, 185 keracunan

    ABIDJAN, 3 JULAI – Air tercemar dari lombong emas di Ivory Coast yang bocor ke dalam sungai daripada injap retak menyebabkan 185 orang ‘mengalami keracunan,’ kata pegawai kelmarin.

    Sungai Cavally, sumber penting untuk air minuman dan ikan bagi penduduk rantau berkenaan, mengalir sejauh beberapa ratus kilometer merentasi wilayah barat negara itu.

    Pegawai tempatan, Moussa Dao memberitahu AFP pada akhir bulan Jun, ‘salah satu paip lombong yang pecah’ membenarkan ‘sebahagian daripada air itu mengalir’ ke dalam sungai.

    “Amaran dikeluarkan terus kepada penduduk tempatan oleh Endeavor Mining,” kata Dao, sambil menambah “bangkai ikan ditemui pada hari berikutnya”.

    Dao berkata 185 orang ‘mengalami keracunan’ dan melaporkan ‘ perut kembung dan muntah’ di pusat kesihatan kampung Ouyatouo, tempat mereka dirawat.

    Tiada kes keracunan baharu dilaporkan sejak itu, katanya.

    Kementerian Alam Sekitar negara itu mengesahkan kelmarin kejadian itu berpunca daripada ‘injap retak’ dalam paip yang membawa lumpur bercampur sianida daripada proses pengekstrakan di lombong itu, yang tumpah ke dalam sungai berhampiran dan akhirnya mengalir ke Cavally.

    Pencemaran itu menyebabkan penduduk ‘muntah-muntah dan sakit kepala’ serta ‘kematian ikan besar-besaran’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...