Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lombong emas kontroversi dibuka semula di Thailand

    KHAO CHET LUK, THAILAND, 23 MAC – Sebuah lombong emas kontroversi di Thailand memulakan semula operasi hari ini, lebih enam tahun selepas kerajaan memaksa ia ditutup atas kebimbangan kesihatan dan alam sekitar.

    Kompleks Chatree itu, yang merentasi tiga wilayah luar bandar di utara negara, telah dicengkam pertikaian undang-undang dan bantahan oleh penduduk kampung yang mengatakan ia meracuni tanaman dan ternakan.

    Kerajaan Thailand, pada ketika itu junta tentera, mengarahkan lombong terbuka itu untuk menghentikan operasi pada Mei 2016 dalam kemenangan yang jarang berlaku untuk kempen alam sekitar.

    Pemilik lombong Australia, Kingsgate Consolidated melancarkan prosiding timbang tara untuk mendapatkan pampasan ratusan juta dolar tetapi, selepas rundingan, kerajaan tahun lau bersetuju membenarkan pembukaan semula.

    Lombong itu, yang dikendalikan oleh anak syarikat Thailand, Akara Resources dan dikatakan oleh pemiliknya sebagai yang terbesar di Thailand, menuangkan batang aloi emas-perak pertamanya, diproses daripada bijih yang disimpan pada 2016, hari ini. – AFP

    Seorang pekerja memerhati ketika emas cair dituangkan ke dalam bar di lombong emas Chatree Akara Resources di wilayah Phichit, Thailand, kelmarin. – AFP
    Gambar dari udara yang diambil pada 22 Mac menunjukkan kilang lombong emas Chatree Akara Resources di wilayah Phichit, Thailand. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda