Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lombong emas runtuh, lebih 70 maut

    BAMAKO, 24 JAN – Lebih 70 orang terbunuh selepas terowong runtuh di tapak perlombongan emas di Mali minggu lalu, kata seorang ketua kumpulan perlombongan emas tempatan dan seorang pegawai tempatan kepada AFP hari ini.

    “Ia bermula dengan bunyi bising. Bumi mula bergoncang. Terdapat lebih 200 pelombong emas di kawasan itu. Pencarian telah tamat sekarang. Kami telah menemui 73 mayat,” kata Oumar Sidibe, seorang pegawai bagi pelombong emas di bandar barat daya Kangaba, kepada AFP, mengenai kejadian itu pada Jumaat.

    Jumlah kematian yang sama disahkan oleh seorang ahli majlis tempatan.

    Kementerian Perlombongan Mali dalam satu kenyataan kelmarin telah mengumumkan kematian beberapa orang pelombong tetapi tidak memberikan angka yang tepat.

    Kerajaan menyampaikan ‘ucapan takziah kepada keluarga yang bersedih dan kepada rakyat Mali’.

    Ia juga menyeru ‘komuniti yang tinggal berhampiran tapak perlombongan dan pelombong emas untuk mematuhi keperluan keselamatan dengan teliti dan bekerja hanya dalam kawasann yang ditetapkan untuk mendulang emas’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda