Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lombong emas runtuh ragut sembilan nyawa

    CHEGUTU, 1 OKT – Sekurang-kurangnya sembilan pelombong maut dalam kejadian lombong emas runtuh di Zimbabwe, kata seorang jurutera di tapak itu dan persekutuan pelombong kelmarin.

    “Empat mayat telah ditemui setakat ini” dan lima yang lain masih terperangkap di bawah runtuhan, Henrietta Rushwaya, Presiden Persekutuan Pelombong Zimbabwe, memberitahu AFP.

    Jurutera lombong Hussein Phiri mengesahkan kepada AFP bahawa penyelamat telah menemui mayat lima pelombong yang terperangkap di bawah runtuhan.

    “Kami dapat melihat dengan jelas (lima) mayat,” katanya kepada AFP. Kami yakin kesemua mereka sudah mati.

    “Bagaimanapun, sukar untuk mengeluarkan mayat itu kerana lombong itu masih runtuh. Setiap kali kami mencuba, ia menjadi ancaman kepada nyawa kami juga.”

    Kemalangan itu berlaku pada Jumaat di Chegutu, kira-kira 120 kilometer ke barat ibu kota Harare, kata televisyen negara ZBC, di lombong Bay Horse.

    Menteri Perlombongan negara Afrika Selatan itu, Soda Zhemu, yang datang untuk menyelia usaha menyelamat, mengesahkan bahawa 21 pelombong berjaya menyelamatkan diri.

    Pada pagi Jumaat, ‘sejurus selepas runtuhan itu, 13 orang berjaya keluar dari lombong tanpa kecederaan’, kata menteri itu. Pada waktu malam, lapan yang lain telah diselamatkan. – AFP

    Seorang wanita sedih selepas mengenal pasti mayat seorang pelombong yang diikat pada pengusung selepas kejadian lombong emas runtuh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda