Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lombong emas runtuh, seorang terperangkap

    KABUL, 7 JUN – Sekurang-kurangnya seorang pelombong terperangkap dalam runtuhan lombong emas di wilayah Badakhshan di utara Afghanistan, menurut laporan media tempatan TOLOnews, hari ini.

    Kejadian itu berlaku lewat kelmarin ketika seorang pelombong bekerja di kawasan Dara Ali di bandar Faizabad, ibu kota wilayah Badakhshan, menurut media itu memetik hekmatullah Mohammadi, Pengarah Jabatan Penerangan dan kebudayaan wilayah itu.

    Menurut laporan itu, usaha mencari dan menyelamat di lombong emas telah dipergiatkan.

    Badakhshan adalah wilayah terpencil dan pergunungan Afghanistan, mempunyai banyak lombong yang belum tersentuh, terutamanya lombong emas dan lapis lazuli.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda