DAR ES SALAAM, 14 JAN – Sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan di lombong emas ekoran hujan lebat yang melanda wilayah Simiyu di utara Tanzania kelmarin.
Pesuruhjaya wilayah Simiyu, Yahaya Nawanda, ketika dihubungi Xinhua berkata usaha untuk mengeluarkan mayat di lokasi kejadian dekat daerah Bariadi itu berdepan halangan berikutan hujan lebat yang berterusan.
“Kerja-kerja menyelamat dihentikan untuk seketika kerana hujan,” kata pegawai itu.
Kejadian berlaku pada pukul 5 pagi waktu tempatan dan jumlah sebenar pelombong yang tertimbus masih belum dapat dipastikan.
Beliau berkata kebanyakan mangsa berusia antara 25 hingga 35 tahun. – Bernama