Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lombong runtuh ragut 1 jiwa

    SYDNEY, 15 SEPT – Seorang lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan lombong arang batu di Queensland, Australia lapor Xinhua.

    Dalam kejadian yang berlaku di Gregory Crinum Mine di Central Queensland malam kelmarin itu, mangsa berusia berusia 60 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Dua mangsa lain dimasukkan ke hospital dengan seorang daripadanya dilaporkan parah, menurut penyiar ABC.

    Menteri Sumber Queensland, Scott Stewart dalam satu kenyataan hari ini berkata mana-mana kejadian kehilangan nyawa di lokasi lombong tidak boleh diterima, dan kejadian itu akan disiasat dengan teliti dan telus. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda