Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lombong runtuh ragut 11 nyawa kanak-kanak di Nigeria

    KANO, 4 JUN – Sebelas kanak-kanak tertimbus hidup-hidup ketika menggali pasir apabila sebuah lombong runtuh di utara Nigeria kelmarin, menurut pihak polis.

    Kanak-kanak berusia antara empat hingga sembilan tahun itu sedang menggali pasir untuk membuat bata lumpur apabila lombong berhampiran Kampung Yardoka di negeri Kaduna runtuh menimpa mereka.

    “Sebelas kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital,” kata jurucakap polis negeri Kaduna, Mansir Hassan.

    “Anggota kami bersama sukarelawan dari kampung tersebut menggali untuk mengeluarkan mangsa daripada runtuhan.”

    Menurut Hassan, pihak polis sedang menyiasat sama ada kanak-kanak tersebut diupah untuk bekerja, yang boleh dianggap sebagai buruh kanak-kanak.

    Kesemua mangsa berasal daripada sebuah madrasah tidak formal, atau sekolah agama Islam, yang lazim di kawasan majoriti Muslim di utara Nigeria.

    Kanak-kanak daripada keluarga miskin sering dihantar ke madrasah untuk mempelajari Al-Quran dan ramai antara mereka terpaksa mengemis atau melakukan kerja-kerja kasar bagi membayar yuran sekolah. – AFP

    Kanak-kanak Muslim tiba dengan sejadah di kawasan solat Isa Kazaure di bandar pusat Nigeria, Jos, untuk menunaikan solat Aidilfitri sempena berakhirnya bulan puasa Ramadan pada 17 Julai 2015. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda