London bina arca untuk SRK dan Kajol

Pasangan ikonik terkenal di dalam dunia Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol akan dibuatkan sebuah arca di Leicester Square, London.

Arca Shah Rukh Khan dan Kajol dibuat untuk meraikan perayaan istimewa, iaitu ulang tahun ke-25 filem yang mereka lakonkan, berjudul Dilwale Dulhania Le Jayenge. Filem ini sendiri telah pun berusia 25 tahun.

Hingga hari ini, Dilwale Dulhania Le Jayenge masih ditayangkan di pawagam di India. Filem yang diarahkan oleh Aditya Chopra ini pernah mencatat rekod sebagai filem India paling lama ditayangkan di negara tersebut.

Arca Shah Rukh Khan dan Kajol akan dibuat sebagai penghormatan khas kepada watak-watak yang mereka lakonkan dalam filem tersebut.

Dalam filem itu, Shah Rukh Khan memegang watak sebagai Raj dan Kajol pula sebagai Simran. Arca ini kemudian akan menunjukkan adegan Raj dan Simran dalam filem itu.

Arca Shah Rukh Khan dan Kajol akan menambah koleksi patung Scenes in the Square yang sebelumnya terdapat patung Harry Potter, Laurel & Hardy, Gene Kelly dari Singin ‘in the Rain (1952), dan Wonder Woman. Sementara itu, perasmian arca ini akan dilakukan pada tahun 2021 dengan menjemput Shah Rukh Khan dan Kajol.

London dan England tidak pernah terpisah dari filem Bollywood. Serangkaian filem terkenal ada memasukkan unsur-unsur Inggeris di dalamnya. – Agensi

Arca Shah Rukh Khan dan Kajol akan didirikan di Leicester Square, London. – Agensi