LONDON, 29 MAC – Kerajaan Britain mengaku hari ini bahawa perintah berkurung disebabkan oleh koronavirus akan berkekalan dalam tempoh ‘yang panjang’ dengan pakar memberi amaran ia mungkin berterusan sehingga bulan Jun.
“Saya tidak dapat melakukan ramalan tepat tetapi semua orang saya rasa kita mesti bersedia untuk tempoh yang panjang bila langkah-langkah ini berterusan,” menteri kabinet Michael Bove memberitahu BBC.
Warga Britain telah diarah untuk tinggal di rumah sekerap mungkin untuk mengurangkan penularan COVID-19, mengikuti berjuta-juta yang lain di bawah perintah berkurung di seluruh dunia.
Langkah telah dilaksanakan di tengah-tengah amaran bahawa kadar jangkitan telah merebak, dan angka baharu kelmarin mendedahkan bahawa lebih dari 1,000 orang telah terkorban ketika ini di Britain.
Perdana Menteri Boris Johnson sebelumnya berkata perintah berkurung selama tiga minggu.
Profesor Neil Ferguson dari Imperial College London, seorang ahli epidemiologi penasihat kerajaan, memberitahu Sunday Times bahawa perintah berkurung mungkin dilanjutkan selama sebulan.
“Kami akan terus menjalankan langkah-langkah ini, bagi pandangan saya, untuk tempoh masa yang panjang – mungkin sehingga penghujung bulan Mei, mungkin awal Jun. Mei adalah optimistik,” katanya. – AFP
