Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    London tersenarai 10 ‘bandar termahal di dunia’

    LONDON, 17 JUN – London telah tersenarai antara 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

    Bandar ini telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024.

    Faktor seperti kos sara hidup dan harga sewa menyumbang kepada penarafan ini.

    Hong Kong mengekalkan kedudukan teratas tahun ini diikuti Singapura dan Zurich, Switzerland. Paris berada di kedudukan ke-29 dan Dublin pada kedudukan ke-41.

    Indeks itu merangkumi 226 lokasi di seluruh dunia dan diukur berdasarkan 200 faktor termasuk pengangkutan, makanan, pakaian, barangan isi rumah dan hiburan.

    Mercer, sebuah perniagaan Marsh McLennan menyusun penarafan ini bagi membantu majikan multinasional merancang pakej pampasan untuk pekerja. Peningkatan kos perumahan di kebanyakan bandar di seluruh dunia telah menjadi cabaran kepada majikan, dengan trend inflasi yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada pakej pampasan pekerja, menurut Mercer. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda