Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    London tuan rumah chess dunia 2018

    LONDON, 30 Nov – London akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan catur dunia pada 9 sehingga 28 November tahun depan menentang Magnus Carlsen dari Norway, kata penganjur semalam.

    Pertandingan 12 persaingan itu akan menyaksikan Carlsen (gambar) mempertahankan gelarannya menentang pencabar yang akan ditentukan dalam pertandingan berasingan pada Mac depan, kata Persatuan Catur Dunia dan Catur Dunia dalam satu kenyataan.

    Pengumuman tersebut dibuat pada sebuah majlis di London yang dihoskan oleh Carlsen, 26 dan bekas menteri kewangan UK, George Osborne.

    Pertandingan dunia terakhir, yang diadakan di New York pada 2016, mencatatkan rekod “memecahkan rekod” dengan penonton 1.5 bilion orang di seluruh dunia, kata penganjur.

    ‘Kami tahu bandar ini suka dengan catur, akhbar-akhbar utama kerap mengendalikan kolum catur,’ kata Georgios Makropoulos, timbalan ketua Federasi Catur Dunia, yang dikenali dengan akronim Perancis, FIDE.

    FIDE berkata Carlsen telah “membantu menukar profil catur dunia sejak kemasyhuran” pada 2016.

    “Catur sekarang adalah permainan komputer paling popular dunia, dengan penonton besar di atas talian yang mencecah beratus juta, yang berkembang pesat,’ katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda