Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Long Bedian bakal miliki kuasa elektrik hidrogen

    KUCHING, 29 FEB – Long Bedian, sebuah daerah kecil di Miri bakal menjadi bandar pertama yang dikuasakan oleh sistem hidrogen berskala besar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau, dalam kenyataan hari ini berkata cadangan projek itu telah mendapat kelulusan dan akan dimulakan dalam masa terdekat.

    “Cadangan projek sistem hidrogen hijau berskala besar di Long Bedian akan membolehkan semua kemudahan luar grid di Sarawak termasuk kampung, kem pembalakan kayu dan estet kelapa sawit dikuasakan 24 jam dengan sistem solar dan hidrogen sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan seluruh masyarakat luar bandar.

    “Projek ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan diterima dengan baik serta selaras dengan hala tuju kerajaan Sarawak untuk mempromosikan hidrogen hijau. Ia juga menekankan fokus kerajaan untuk memenuhi keperluan masyarakat luar bandar seperti kampung-kampung, klinik kesihatan, sekolah dan telekomunikasi,” katanya.

    Dennis berkata, projek itu adalah susulan kejayaan projek rintis yang sama tetapi berskala kecil melibatkan Klinik Kesihatan Long Loyang di Ulu Tinjar, Baram, pada 2021. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda