Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seorang pegawai penjara telah berlepas meninggalkan negara bagi menghadiri Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Pelan Pembangunan Manusia di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah, Malaysia yang bermula hari ini sehingga 26 September 2019.
Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Awang Kamis bin Juing (gambar bawah) ialah Ketua Gerakan Khas, Jabatan Penjara, Ketua Pegawai Penjara Awang Sarifuddin bin Haji Karim dan Timbalan Ketua Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Ketua Pegawai Penjara Dayang Salwa@Megawati binti Haji Salleh serta pegawai-pegawai gerakan khas penjara yang lain.
Program yang disertai oleh 11 buah negara itu merangkumi modul pembangunan insan banduan yang termasuk taklimat mengenai Jabatan Penjara Brunei, sistem koreksional dan sistem kepenjaraan, lawatan ke Wisma Putra di Kuala Lumpur, lawatan ke Penjara Kajang, Muzium Penjara di Melaka dan lain-lain lagi yang berkaitan modul pembangunan insan.