Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lonzo Ball alami kecederaan lutut

    CHICAGO, 23 FEB – Pemain kawalan Chicago Bulls, Lonzo Ball, diketepikan lebih setahun akibat kecederaan lutut kiri, akan terlepas sepanjang musim NBA, pasukan itu mengumumkan baru-baru ini.

    Pemain Amerika berusia 25 tahun itu yang merupakan pilihan kedua keseluruhan oleh Los Angeles Lakers dalam Draf NBA 2017, juga bermain untuk New Orleans sebelum bertukar kepada Bulls pada 2021.

    Tetapi Ball hanya bermain 35 perlawanan untuk Chicago sebelum kecederaan pada Januari 2022. Dia telah menjalani dua pembedahan sejak kecederaan, yang terbaharu pada September, tetapi tidak dapat meneruskan aktiviti berkaitan bola keranjang.

    “Walaupun membuat peningkatan ketara dalam kekuatan dan fungsi sejak beberapa bulan lalu, Ball terus mengalami ketidakselesaan yang mengehadkan prestasi semasa penyertaan dalam aktiviti berkaitan bola keranjang peringkat tinggi,” kata naib presiden eksekutif operasi bola keranjang Bulls, Arturas Karnisovas.

    “Memandangkan tempoh masa yang diperlukan bagi mencapai tahap kecergasan yang diperlukan untuk kembali bermain dan peringkat semasa musim NBA, Ball tidak akan kembali musim ini.

    “Fokus untuk Ball akan terus tertumpu pada penyelesaian ketidakselesaannya dan kembali sepenuhnya untuk musim 2023-2024,” tambahnya.

    The Bulls menduduki tempat ke-11 dalam East Conference pada 26-33. Ball, abang kepada pemain NBA Rookie of the Year 2021, LaMelo Ball, mempunyai purata 11.9 mata, 6.2 assists dan 5.7 rebounds dalam 252 pertandingan NBA kerjaya. – AFP

    Aksi Lonzo Ball semasa permainan bola keranjang NBA di Dallas, 9 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...