Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Lopetegui dipecat Sevilla

    SEVILLE, SEPANYOL, 6 OKT – Julen Lopetegui berkata dia berasa ‘sedih dan sakit hati’ selepas dipecat daripada Sevilla berikutan kekalahan 4-1 di tangan Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

    Sebahagian penyokong memberikan tepukan kepada Lopetegui di Ramon Sanchez-Pizjuan ketika mereka menyatakan kemarahan terhadap pengurusan kelab berikutan pasukan mereka menjunam ke kedudukan ke-17 La Liga berikutan prestasi hambar.

    Jorge Sampaoli, yang melatih Sevilla pada musim 2016-17, bersetuju mengambil alih, menurut laporan di Sepanyol.

    “Lopetegui menamatkan era penuh kejayaan, dalam tiga kempen ketika pasukan mencapai objektif mereka dengan hebat, namun musim keempat keputusan tidak dijangka, dengan Sevilla hanya mendapat lima daripada 21 mata dalam La Liga,” menurut kenyataan daripada Sevilla.

    “Lopetegui akan terus kekal di pentas tertinggi sejarah Sevilla dengan kejayaan hebat menjuarai gelaran Liga Europa keenam pada musim 2019-20.”

    Jurulatih itu mengesahkan pemergiannnya kepada televisyen Sepanyol sejurus selepas pengumuman berkenaan.

    “Saya berterima kasih kepada keseluruhan Sevilla, penyokong mereka, pemain yang memberikan saya tempoh tiga tahun yang menakjubkan,” kata Lopetegui kepada Movistar.

    Sevilla menjual tonggak pertahanan utama Lopetegui musim panas lalu dengan Jules Kounde ke Barcelona dan Aston Villa membeli Diego Carlos.

    Pemain sayap, Lucas Ocampos berhijrah ke Ajax menerusi pinjaman ketika kelab itu cuba mengurangkan kos. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...