Wednesday, February 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lopetegui tinggalkan Wolves

    LONDON, 9 OGOS – Julen Lopetegui meninggalkan tugasnya selaku jurulatih Wolves hanya beberapa hari sebelum permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dilaporkan tidak berpuas hati dengan dasar pengambilan pemain kelab itu.

    “Wolves dan Julen Lopetegui sudah mencapai persetujuan untuk berpisah, menamatkan tempoh sembilan bulan pengendali Sepanyol itu sebagai ketua jurulatih di kelab ini.

    “Ketua jurulatih dan kelab mengakui perbezaan pendapat mengenai isu tertentu dan bersetuju bahawa penamatan kontrak secara baik adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak,” kata Wolves dalam satu kenyataan.

    Bekas ketua jurulatih Bournemouth, Gary O’Neil, yang dipecat musim panas lalu selepas membimbing Cherries kekal di liga utama, dilaporkan menjadi calon utama untuk menggantikan Lopetegui.

    Bekas bos Sepanyol dan Real Madrid, Lopetegui menyertai Wolves pada November tahun lalu, menggantikan Bruno Lage, dengan kelab itu menduduki tangga tercorot Liga Perdana sebelum membantu mereka kekal di liga utama apabila menamatkan saingan di tangga ke-13.

    Namun pengendali berusia 56 tahun itu dikatakan kecewa dengan pendekatan kelab dalam pasaran perpindahan pemain apabila beberapa pemain utama meninggalkan kelab itu namun penggantinya agak terhad.

    Wolves menjual pemain seperti Ruben Neves, Conor Coady, Nathan Collins dan Raul Jimenez tetapi hanya membawa masuk dua pemain secara percuma iaitu Matt Doherty dan Tom King.

    Dalam kenyataannya, Lopetegui berkata, “Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Wolves dan semua di kelab untuk masa depan mereka, dan berterima kasih kepada kelab atas peluang yang diberikan pada masa saya mengendalikan kelab yang hebat ini.” – AFP

    Ketua Jurulatih Wolves, Julen Lopetegui bertepuk tangan pada akhir perlawanan menentang Manchester United di stadium Old Trafford di Manchester, England pada 13 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda