Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lopez tinggalkan Giro

    CATANIA, ITALI, 10 MEI – Giro d’Italia kehilangan salah seorang pencabar utamanya kelmarin apabila pelumba Colombia, Miguel Angel Lopez dari Astana menarik diri daripada peloton menuju ke puncak Gunung Etna di peringkat 4.

    Lopez menduduki tempat ketiga dalam kedua-dua Vuelta a Espana dan Giro pada 2018 dan memenangi peringkat dalam ketiga-tiga jelajah besar, dan kekalahan pelumba berusia 28 tahun itu telah mengasingkan ketua pasukan Vincenzo Nibali.

    Nibali yang berasal dari Sicily menjadi tumpuan kelmarin dengan pecutan ke atas pendakian Gunung Etna sejauh 23km yang dijangka daripada pelumba veteran tersebut dan itu mungkin menjadi perlumbaan Giro terakhirnya.

    Lopez bernasib malang di Sicily kerana kali terakhir Giro datang ke Itali ialah pada 2020 di mana dia melanggar jalan berlubang dan terhumban ke dalam bangunan semasa ujian masa Palermo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda