Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lord bangga didik Ella

    Sebelum Ella gah di puncak kemasyhu-ran, ramai tahu Ratu Rock itu menggilap bakat bersama kumpulan The Boys, lalu menggelarkan diri mereka, Ella & The Boys, pada era 1980an.

    Namun, jodoh Ella bersama kumpulan itu tidak panjang apabila dia hanya sempat menghasilkan empat album bersama teman lain, sebelum meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

    Peluang bertemu gitaris Ella & The Boys iaitu Lord Lokman memberi peluang kepada BH Online menyingkap kenangan pemuzik ‘otai’ itu bersama Ella dan mencipta kegemilangan bersama pada era kebangkitan irama rock di Malaysia.

    Lord atau nama sebenar, Ahmad Lokman Ismail, 66, yang berasal dari Kelantan, merantau ke Kuala Lumpur sebelum berhijrah ke Johor semata-mata hendak meneruskan cita-cita dan minat sebagai pemuzik.

    Di Johor, Lord berkenalan dengan Datuk Amy Search dan Man Kidal di mana mereka menubuhkan kumpulan dikenali sebagai The Pilgrims bersama Boy, Jay Jay yang terkenal dengan kumpulan Carefree serta Zainal Rampa.

    Ella mula mencipta nama selepas menyertai band The Boys pada era 1980an. – mStar

    Selepas itu, Lord kembali semula ke Kuala Lumpur dan bekerja di pub. Di situlah dia mula mengenali Ella.

    “Ketika itu, pada 1980 atau 1981, saya merantau ke Kuala Lumpur dan bermain di pub. Pada masa itulah saya terjumpa Ella dan bapanya.

    “Ketika itu, Ella sedang tunggu giliran untuk menyanyi. Ella seperti penyanyi selingan.

    Apabila pemain keyboard berehat, dia naik (ke pentas) menyanyi. Jadi, dapatlah timba pengalaman.

    “Timbul rasa kasihan apabila tengok dia dan bapa menanti giliran, seolah-olah macam dibuli oleh pemain keyboard itu.

    “Jadi, saya cakap kepada Ella, kalau hendak jadi penyanyi, boleh ikut saya. Arwah bapa Ella ketika itu mahu anaknya terkenal seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda