Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lord of The Rings kembali semula ke New Zealand

    WELLINGTON – Amazon baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan pengambaraan untuk siri televisyennya yang akan datang, The Lord of The Rings di New Zealand tidak lama lagi, menandakan kepulangan Orc, Elf dan Hobbit ke negara itu setelah enam buah filem menjalankan pengambaraan di negara berkenaan yang diarahkan oleh Peter Jackson.

    Perwakilan Amazon Studio berkata bahawa mereka telah menemui lokasi yang hebat bertaraf dunia beserta dengan kakitangan yang mahir. Produksi, perbincangan, persiapan awal sudah pun bermula dan pengambaraan siri itu akan dimulakan di bandar Auckland beberapa bulan yang akan datang.

    “Ketika kami sedang mencari lokasi di mana kami boleh mempamerkan keindahan zaman pertengahan, kami sedar bahawa kami perlu mencari tempat yang megah, hijau, pantai yang bersih dan pemandangan gunung yang menakjubkan,” kata Pengeluar Eksekutif JD Payne dan Patrick McKay dalam kenyataannya baru-baru ini. Akan tetapi pihak Amazon tidak mendedahkan sejauh mana rancangannya terhadap siri televisyen tersebut. Ia menolak untuk mengutarakan sejumlah mana rancangan itu direalisasikan, berapa musim ia akan disiarkan dan bilakah ia akan disiarkan.

    Ada yang membuat spekulasi bahawa pihak Amazon telah mengeluarkan sekitar AS$1 bilion untuk siri ini kerana mereka turut menggunakan perkhidmatan streaming yang lain seperti Netflix dan perkhidmatan Prime Video.

    Dialu-alukan

    Menteri Pembangunan Ekonomi New Zealand, Phil Twyford mengalu-alukan berita itu, mengatakan bahawa siri tersebut akan terus memberikan rangsangan kepada industri skrin dan mewujudkan beratus-ratus pekerjaan baharu. “Ia menjadi satu budaya yang sangat penting,” kata Twyford. “Sekarang, ia mempunyai tempat yang istimewa dalam kalangan penduduk New Zealand juga. Kami adalah sebahagian daripada ‘Middle Earth’,” tambahnya kepada media.

    Siri ini berdasarkan kepada novel fantasi yang ditulis oleh J.R.R Tolkien dan pihak Amazon berkata bahawa mereka akan meneroka kronologi baharu yang mendahului The Fellowship of The Ring. – AP
    Ada yang membuat spekulasi bahawa pihak Amazon telah mengeluarkan sekitar AS$1 bilion untuk siri ini. – AP

    Rancangan siri terbaharu itu akan mendapat rebat geran skrinsebanyak 20 peratus yang akan dibiayai oleh pembayar cukai. Kumpulan konservatif The Taxpayer’s Union berkata bahawa rebat itu bermakna setiap isi rumah di New Zealand kemungkinan membayar lebih AS$100. “Siapakah yang akan menamakan Amazon secara serius sebagai penerima cukai yang paling layak untuk kita,” kumpulan itu menulis dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Akan tetapi Twyford berkata bahawa wang tersebut akan dibelanjakan dengan baik.

    “Ia bukan isu amal,” katanya. “Ia akan digunakan untuk menyediakan lebih banyak sumber pekerjaan, pelaburan dan pembangunan ekonomi khususnya terhadap New Zealand,” jelasnya.

    Siri ini berdasarkan kepada novel fantasi yang ditulis oleh J.R.R Tolkien dan pihak Amazon berkata bahawa mereka akan meneroka kronologi baharu yang mendahului The Fellowship of The Ring. Rancangan tersebut tidak akan berhubungan dengan filem New Line Cinema, walaupun Jackson sebelum ini mengatakan bahawa mereka berminat untuk membantu.

    Trilogi filem Lord of The Rings dan trilogi filem The Hobbit telah berjaya memperoleh sekitar AS$6 bilion dalam carta pecah panggung. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda