Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lorenzo bergerak ke Atlantik

    MIAMI, 29 SEPT – Taufan Lorenzo kembali semula dengan ribut Kategori 4 di tengah Lautan Atlantik selepas beberapa jam sebagai Kategori 5 – yang menjadikan ia ribut paling kuat pernah dipantau sejauh ini di utara dan timur lembangan Atlantik.

    Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata pada awal hari ini yang ribut itu telah mencapai kelajuan angin maksimum sekitar 250kmsj. Lorenzo bergerak ke utara pada kelajuan 16kmsj dan berpusat kira-kira 2,190km barat daya Azores, rangkaian pulau Portugis. Tidak ada amaran pantai pada masa ini berkuat kuasa, walaupun peramal menjangkakan ribut kekal kuat ketika ia mendekati Azores dalam masa beberapa hari. Para pegawai berkata ombak besar yang dihasilkan oleh ribut itu pada masa ini menjejaskan sebahagian pantai timur laut Amerika Selatan dan Lesser Antilles. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda