Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lori dan kereta bertembung, ragut 2 jiwa

    KOTA KINABALU, 29 DIS – Dua orang lelaki maut manakala seorang ibu dan anak damitnya cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Batu 16, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian sekitar tengah malam tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Hamsa Isnurdin, berkata dua orang lelaki yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Izuddin Abu Hasan, 32, dan Mohd Kasim Labadillah, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

    Beliau berkata tiada maklumat diperoleh pihaknya buat masa ini mengenai identiti ibu dan anak damit tersebut kerana telah dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

    “Ibu dan anak damitnya telah dikeluarkan orang awam dari dalam kereta dan dihantar ke hospital oleh ambulan Kementerian Kesihatan, pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan dua mangsa lain (dalam kereta) menggunakan peralatan khas.”

    “Pemandu dan seorang penumpang lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi ditamatkan pada 3:15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Kemalangan antara sebuah lori dan kereta yang berlaku di Batu 16, Jalan Kimanis-Keningau tengah malam tadi. – JBPM Sabah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda