Wednesday, January 8, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lori rempuh kenderaan penumpang di Iskandariah Mesir ragut 15 nyawa

    KAHERAH, 14 FEB – Sebuah trak merempuh beberapa kenderaan penumpang di wilayah Iskandariah, Mesir, mengorbankan kira-kira 15 orang, kata pihak berkuasa hari ini.
     
    Nahas itu, yang berlaku lewat kelmarin di daerah Amreya, barat bandar Iskandariah, turut mencederakan lapan orang, menurut laporan polis.
     
    Trak itu merempuh empat bas mikro, sejenis van transit mini yang popular di seluruh Mesir, kata laporan itu. Sebuah bas mikro terbalik dan satu lagi terbakar, katanya.
     
    Ambulans bergegas ke tempat kejadian dan membawa orang yang cedera ke hospital, menurut media tempatan.
     
    Kemalangan jalan raya meragut ribuan nyawa setiap tahun di Mesir, yang mempunyai rekod keselamatan pengangkutan yang lemah. Kemalangan dan perlanggaran sering disebabkan oleh kenderaan dipandu laju, jalan raya yang teruk atau penguatkuasaan undang-undang jalan raya tidak ketat.
     
    Pada Oktober, sebuah bas penumpang merempuh kenderaan yang diletakkan di lebuh raya yang menghubungkan Iskandariah dengan ibu kota Kaherah, mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda