Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Lori tangki minyak terbakar jejas jambatan di Interstate 95

    HARTFORD, 3 MEI – Jalan utama yang menghubungkan New England dengan New York akan ditutup di Connecticut selama beberapa hari selepas kebakaran lori tangki minyak merosakkan sebuah jambatan di Interstate 95, kata Gabenor Ned Lamont, kelmarin.

    Trak tangki yang dipenuhi petrol itu terbakar dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan kelmarin di I-95 barat daya Connecticut, sekali gus menutup lebuh raya utama utara-selatan di Pantai Timur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

    Walaupun Lamont berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kemalangan yang berlaku pada jam 5:30 pagi di Norwalk, namun nahas itu telah menyebabkan kerosakan pada jambatan di atasnya.

    “Bahang daripada bahan api yang terbakar menjejaskan sebahagian daripada jambatan itu, jadi kerja-kerja perobohan akan bermula esok,” kata Lamont pada taklimat kelmarin di Hartford.

    Beliau berkata harapannya adalah untuk membuka semula lebuh raya antara negeri Isnin depan.

    Datuk Bandar Norwalk, Harry Rilling berkata sekolah di bandarnya akan ditutup hari ini. Masih tidak jelas sama ada ia akan dibuka semula pada Isnin. – AP

    Gambar menunjukkan tempat kejadian kebakaran lori tangki di I-95 di Norwalk, Connecticut pada 2 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...