Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lori terjatuh dalam lubang benam ditemui

    TOKYO, 12 FEB – Sebuah lori yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jepun telah ditemui dalam paip pembetung dan mungkin mengandungi mayat pemandunya yang hilang, kata seorang pegawai bomba hari ini.

    Pasukan penyelamat mengalami masalah untuk mencari pemandu berusia 74 tahun itu sejak lori tersebut terjatuh ke dalam jurang yang muncul berhampiran Tokyo dua minggu lalu.

    Lubang benam itu tiba-tiba terbuka di persimpangan di bandar Yashio pada 28 Januari,mengakibatkan lori itu terjatuh ke dalamnya.

    “Selepas pakar menganalisis gambar yang diambil menggunakan dron… mereka berkata terdapat lori dalam gambar dan mereka tidak boleh menolak kemungkinan di mana kelihatan seorang individu berada di dalamnya,” kata pegawai bomba tempatan, Tomonori Nakazawa kepada AFP.

    Bagaimanapun, para penyelamat tidak dapat memasuki paip pembetung di mana lori itu dikesan kerana aliran air dan paras gas hidrogen sulfida yang tinggi, katanya.

    Gabenor Motohiro Ono dari wilayah Saitama, berkata ia akan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk membina paip pintasan sementara untuk menghentikan aliran air.

    Pasukan penyelamat kini perlu menunggu pintasan tersebut siap sebelum memasuki lori, katanya kepada pemberita kelmarin.

    Sementara itu, cerun 30 meter telah membolehkan penyelamat menghantar peralatan berat ke dalam lubang tersebut, dengan 1.2 juta penduduk diminta untuk mengurangkan sementara waktu mandi dan dobi bagi mengelakkan kumbahan yang bocor daripada menghalang operasi. – AFP

    Penyelamat pertama cuba menyelamatkan pemandu trak yang jatuh ke dalam lubang benam di jalan di Yashio, timur laut Tokyo pada 28 Januari. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda