Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Los Angeles benam Dallas 79-61

    ARLINGTON, TEXAS, 15 JUN — Dearica Hamby memperoleh 23 mata dan lapan rebound, Nneka Ogwumike menambah 20 mata dan 10 rebound, manakala Los Angeles Sparks menewaskan Dallas Wings 79-61 kelmarin.

    Hamby menjaringkan 14 mata pada suku ketiga untuk melebarkan pendahuluan Los Angeles kepada 61-51 memasuki suku keempat. Sparks mengekalkan 10 mata pendahuluan berbanding Dallas pada suku keempat.

    Ogwumike mencapai 20 mata untuk kali kelima dalam enam perlawanan terakhirnya. Ogwumike juga membuat dua steals untuk melepasi Lindsay Whalen di tempat ke-16 dalam senarai kerjaya WNBA sebanyak 501 kali.

    Jordin Canada menambah 15 mata dan enam assists untuk Los Angeles (5-4). Sparks membuat 52 peratus cubaan dari gelanggang, manakala Dallas membuat 25 jaringan daripada 69 cubaan (36%) dengan 17 turnovers.

    Kalani Brown mencatatkan pencapaian tertinggi dalam kerjaya dengan 21 mata dan 11 rebound untuk Dallas (5-5), yang tewas dalam perlawanan pertama di tempat sendiri musim ini. Satou Sabally memperoleh double-double ketujuh berturut-turut untuk mencipta rekod pasukan dengan 14 mata dan 13 rebound. Manakala, Arike Ogunbowale menambah 13 mata pada 5 daripada 16 cubaan. – AP

    Aksi Hamby semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang WNBA di Arlington, Texas, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda