Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Brunei Darussalam dengan kerjasama Persatuan Perniagaan Taiwan dan Persatuan Graduan Taiwan Brunei telah menyumbangkan tiga lagi kerusi roda buatan Taiwan kepada Lotus Light Charity Society.
Kerusi roda berkenaan telah disampaikan oleh Andrew HC Lee, wakil pegawai Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei Brunei, kepada Pengerusi Lotus Light Charity Society, Yeo Tiong Lok.
Dengan adanya sumbangan berkenaan ia akan dapat membantu serta meringankan lagi bebanan persatuan serta memudahkan kerja-kerja kebajikan persatuan berkenaan.
Penyerahan kerusi roda berkenan adalah susulan siri sumbangan sebanyak 163 kerusi roda kepada Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan pusat penjagaan seperti Pusat Ehsan, KACA dan sekolah Cina di negara ini.
