Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Louis kini tampil solo

    SESUDAH anggota One Direction lain tampil dengan single solo yang terus hit, nampaknya Louis Tomlinson tidak mahu ketinggalan.

    Terbaru, penyanyi berusia 25 tahun itu tampil dengan lagu berjudul Back to You hasil kolaborasi bersama penyanyi wanita terkenal Bebe Rexha.

    Cukup ‘catchy’, jelas arah tuju muzik ditampilkannya ada kekuatan sendiri. Berbeza dengan aliran yang diperjuangkannya sewaktu bersama One Direction dulu, dia nyata serius.

    Bahkan, belum apa-apa lagi dia sudah berkongsi mengenai perancangan muzikalnya akan datang.

    Apa yang jelas, tiada lagi kolaborasi selepas ini namun dia bercadang mahu tampil secara solo pula.

    Louis Tomlinson muncul solo dengan lagu Back to You hasil kolaborasi bersama penyanyi wanita terkenal Bebe Rexha
    Louis Tomlinson muncul solo dengan lagu Back to You hasil kolaborasi bersama penyanyi wanita terkenal Bebe Rexha

    “Saya sudah ada idea di kepala bagaimana projek itu akan dijalankan kelak. Buat masa ini, masih ada lagu kolaborasi yang saya mahu tampilkan dalam album solo tapi tunggulah macam mana nanti.

    “Saya mahu satu kolaborasi yang tidak terlalu menyerlah. Mungkin saya tampilkan nyanyian rap atau seumpamanya,” kata Louis.

    Kini dalam proses menyiapkan album itu sepenuhnya, Louis mengakui sangat berbangga dengan kejayaannya memilih karya terbaik untuk dimuatkan.

    “Saya rasa tidak terkesan pun menunggu lebih masa untuk album itu siap. Lagipun, saya jenis sukakan kesempurnaan dan mahu benar-benar terperinci untuk setiap lagu.

    “Seronok dan bangga rasanya apabila dapat memilih 10 lagu terbaik dan menolak dua lagu. Saya kena pastikan album itu luar biasa,” katanya.

    Penyanyi itu turut membuat kemunculan spontan di tempat awam baru-baru ini dan tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peminatnya.

    Pertemuan itu berlaku di Manchester, United Kingdom (UK), sewaktu baru selesai menjadi tamu jemputan wawancara di stesen radio Key 103.

    Tanpa berdolak-dalik, Louis yang sekadar berpakaian biasa sempat memberikan autograf dan berselfie dengan peminatnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda