Bekas anggota kumpulan One Direction, Louis Tomlinson mendedahkan secara terbuka tentang hubungan cintanya dengan kekasih masa kecilnya, Eleanor Calder, dalam temubual media baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Louis juga mengakui dia sering ‘merosakkan’ perhubungannya banyak kali sepanjang kehidupannya.
Louis Tomlinson, 28, sangat pasti untuk memilih Elanor Calder, 27, sebagai bakal calon isterinya kelak. Perhubungan cinta mereka semakin erat sejak bersatu semula pada tahun 2017. Sejak daripada itu khabar angin tentang perkahwinan mereka tesebar dan akhirnya Louis mendedahkannya dalam temu bual dengan The Sun, yang diterbitkan pada Jumaat lalu.
“Saya ada mendengar tentang khabar angin itu. Tapi semua itu tidak benar, ” jelas bekas ahli One Direction. Walau bagaimanpun status mereka pada masa kini masih bujang, dan Louis juga melihat perancangan mereka untuk berkahwin pada masa depan.
“Sesuatu yang berharga dengan Eleanor adalah saya sudah mengenalinya sejak sebelum single pertama kami What Makes You Beautiful dilancarkan, dia juga turut dapat merasakan segala-segala perkembangan dalam perhubungan. Apa yang saya fahami, dia juga turut faham, dan saya juga mempunyai faedah denganya,” jelas Louis dengan merujuk kepada single debut One Direction yang menonjolkan kerjaya Louis, Harry Styles, Zayn Malik , Niall Horan dan Liam Payne menjelang akhir tahun 2011. Sejak daripada itu, Louis dan Eleanor mula memiliki perhubungan cinta.
Louis dapat merasakan perhubungan cintanya bersama Eleanor dapat bertahan lama dan beliau mengakui akan berkahwin dengannya pada suatu hari nanti.
“Jika anda bertanya kepada saya adakah saya akan berkahwin dengannya? Ya saya rasa begitu! Dan akan memiliki ramai anak, saya akan berkata demikian.” Louis akan mempromosikan album solo debutnya, Walls, dalam hanya beberapa hari dari tarikh siarannya pada 31 Januari ini. Ia merupakan rekod terdedah kepada Louis, yang melakarkan pengalaman peribadinya dalam lirik bagi salah satu lagu bertajuk Two of Us yang dituliskan untuk mendiang ibunya, Johannah Deakin, yang meninggal dunia akibat leukemia pada tahun 2016. – Agensi
