Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Love Next Door kekal drama paling popular

    Drama Love Next Door terbitan tvN sekali lagi mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai drama paling popular minggu ini, menurut laporan Good Data Corporation.

    Untuk minggu keempat berturut-turut, Love Next Door berada di tangga pertama dalam senarai mingguan drama yang paling mendapat perhatian. Laporan ini berdasarkan data yang dikumpul daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan platform media sosial mengenai drama yang sedang ditayangkan atau akan disiarkan.

    Selain menduduki tempat pertama dalam senarai drama, pelakon utama drama itu, Jung Hae In dan Jung So Min, turut mengungguli senarai pelakon paling popular, masing-masing di tempat pertama dan kedua.

    Drama terbitan SBS, The Judge from Hell, melonjak ke tangga kedua dalam kedua-dua senarai. Siri baharu ini berada di tempat kedua dalam senarai drama, sementara pelakon utamanya, Park Shin Hye, naik ke tangga ketiga dalam senarai pelakon.

    Sementara itu, drama No Gain No Love kekal di tangga ketiga dalam senarai drama, dengan bintang utamanya, Shin Min Ah dan Kim Young Dae, masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam dalam senarai pelakon paling popular. – Agensi

    Hae In dan So Min, bintang utama ‘Love Next Door’, kekal popular dalam carta pelakon paling popular. – Jung So Min Archive
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda