Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lowry kunci utama kemenangan Raptors

    MIAMI, 2 OGOS – Kyle Lowry menjaringkan 33 mata dan 14 rebound, membantu pasukan juara bertahan NBA, Toronto Raptors menang 107-92 ke atas Los Angeles Lakers dalam perlawanan untuk merebut kejuaraan kelmarin.

    Bintang Lakers, LeBron James menjaringkan 20 mata dan 10 rebound sementara Anthony Davis menambah 14 mata, tetapi Lakers mencatatkan prestasi percubaan yang paling teruk untuk musim ini, hanya menjaringkan 29 dari 82 percubaan, iaitu sebanyak 35.8 peratus sahaja semasa perlawanan.

    “Dengan beberapa orang pemain yang hebat, kami mahu bermain dengan baik dan kami telah melakukan tugas dengan baik sekali,” kata Lowry.

    Perlawanan Lakers-Raptors merupakan perlawanan hari ketiga musim yang dipertandingkan dalam keadaan kuarantin di Walt Disney World, Orlando, ketika NBA menyambung semula musim mereka setelah empat bulan digantung akibat COVID-19.

    Toronto memulakan permainan dengan mendahului 13-0 dan Lakers terpaksa menunggu hingga minit ke 4:51 untuk menjaringkan mata pertama mereka, masa terpanjang mereka memulakan perlawanan tanpa menjaringkan sebarang mata dalam semua perlawanan musim ini.

    Tetapi selepas ketinggalan tujuh mata jaringan semasa bertahan, Lakers kembali merapatkan jurang sembilan dari 15 dan mendahului 23-21 pada akhir suku pertama. Lakers kekal mendahului 44-41 pada penghujung separuh masa tetapi persembahan mantap Lowry telah memberikan Raptors penguasaan pada separuh masa kedua.

    “Kami bermain dengan agresif, inginkan bermain dan memenangi perlawanan,” menurut Lowry.

    “Kami sering menjadi perhatian. Kami mahu memenanginya dan melakukan kerja kami.” – AFP

    Aksi Kyle Lowry ketika membuat percubaan menjaringkan gol pada separuh masa kedua perlawanan menentang Los Angeles Lakers, kelmarin. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda