LPGA batal kejohanan taiwan kerana COVID-19

LOS ANGELES, 14 OGOS – Jelajah LPGA kelmarin telah membatalkan Kejohanan Swinging Skirts Taiwan disebabkan kebimbangan koronavirus dan sekatan perjalanan.

Kejohanan dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 1 November di Miramar Golf Country Club, tetapi LPGA telah mengambil keputusan untuk membatalkan kejohanan atas nasihat daripada kerajaan Taiwan.

“Kami kecewa kerana tidak dapat bermain pada tahun ini, kedua-dua Swinging Skirts dan LPGA dengan penuh komited akan kembali pada 2021 untuk LPGA Swinging Skirts Taiwan.

Pengumuman dibuat dua hari selepas LPGA membatalkan kejohanannya di Shanghai selepas China berkata ia tidak akan mengadakan kebanyakan acara sukan antarabangsa di-sebabkan koronavirus.

Pemain Amerika Syarikat, Nelly Korda menjuarai kejohanan Taiwan buat kali kedua berturut-turut, merangkul kemenangan dalam playoff tiga hala.

Dia telah memenangi kemenangan LPGA sulung dalam acara yang sama pada tahun 2018.

Kejohanan profesional golf lelaki dan wanita telah kembali di Amerika Syarikat dan Eropah secara tentatif, dengan tidak membenarkan penonton untuk hadir di padang dan protokol pencegahan virus yang ketat.

Musim LPGA 2020 telah dihentikan kerana pandemik pada Februari lalu selepas hanya empat kejohanan diadakan, dua di Florida dan dua di Australia.

Ia telah disambung dengan dua kejohanan berturut-turut di Ohio, dan kedua-duanya dimenangi oleh Danielle Kang.

Minggu ini jelajah golf akan merentasi lautan Atlantik dengan Terbuka Scotland di North Berwick, kemudian diikuti dengan kejohanan utama pertama musim ini iaitu Terbuka Britain Wanita di Troon.- AFP