Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    LPGA rancang sambung kejohanan 15 Julai ini

    LOS ANGELES, 30 APRIL – Kejohanan PGA Wanita telah dijadualkan semula pada bulan Oktober dengan Jelajah LPGA, yang berpangkalan di AS, mengumumkan rancangan mereka untuk menyambung semula musim 2020 mereka pada pertengahan bulan Julai.

    Kejohanan utama, salah satu perlawanan golf wanita, akan mengambil tempat di Kelab Golf Aronimink di Pennsylvania pada hujung bulan Jun tetapi telah dipindahkan pada 8 hingga 11 Oktober.

    Kejohanan lain yang akan mengambil tempat di Michigan, Arkansas dan Ohio pada bulan Jun dan awal bulan Julai telah ditunda.

    “Satu perkara yang jelas ialah ia tidak akan mengadakan ‘loceng pembukaan’ mengenai kembalinya permainan selamat dalam wabak COVID-19 yang baru ini,” kata pesuruhjaya LPGA, Mike Whan.

    “Sejujurnya, menjadi ‘pertama’ tidak pernah menjadi matlamat untuk kembali bermain dalam kebiasaan baharu. Kami telah menyusun jadual yang kami rasakan paling selamat yang mungkin.”

    Jelajah LPGA akan disambung pada 15 Julai di kejohanan Jemputan Dow Great Lakes Bay di Michigan dan diikuti dengan kejohanan di Ohio dan New Jersey.

    LPGA mengumumkan menambah jumlah hadiah utama di kebanyakan kejohanan 2020.

    ANA Inspirations dan Terbuka AS, pada asalnya dijadualkan menjadi kejohanan utama pada tahun ini, sebelum dijadualkan semula pada bulan September dan Disember.

    Kejohanan Evian telah dijadualkan di Perancis pada awal bulan Ogos tetapi kejohanan utama tersebut berkemungkinan tidak akan diteruskan seperti yang dirancang dengan kerajaan Perancis telah melarang semua aktiviti sukan sehingga bulan September.

    Hanya empat kejohanan LPGA yang akan dipertandingkan pada tahun ini, dua kejohanan di Florida pada bulan Januari dan dua di Australia pada bulan Februari. – AFP

    Gambar fail 26 Jun 2019 menunjukkan Hannah Green memenangi kejohanan PGA. Kejohanan PGA Wanita telah dijadualkan semula pada bulan Oktober dengan Jelajah LPGA mengumumkan rancangan untuk menyambung semula musim 2020 pada pertengahan bulan Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda