Thursday, June 1, 2023
34.4 C
Brunei

    -

    LPPB Sabah bina 29,218 unit rumah kos rendah

    KOTA KINABALU, 25 MEI – Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah setakat ini telah membina 29,218 unit rumah kos rendah di seluruh negeri, dan projek penambahan jumlah rumah berkenaan sedang dilaksanakan, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

    Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, sebanyak 175 unit rumah kos rendah lagi sedang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

    “Pembangunan rumah kos rendah berkenaan adalah di bawah agensi kerajaan negeri melalui program pembinaan rumah di atas tanah sendiri melalui Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR) serta Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) dikendalikan oleh pihak LPPB,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Raime Unggi (ADUN Dilantik) yang bertanya mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk menangani masalah pembinaan rumah kos rendah yang kian berkurangan oleh pihak pemaju akibat kenaikan kos bahan binaan di Sabah.

    Mengulas lanjut, Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, harga rumah kos rendah adalah antara RM42,000 hingga RM55,000 seunit.

    “Berikutan peningkatan kos bahan mentah dan kadar harga rumah, pihak swasta tidak berminat untuk membina rumah tersebut. Kini, pelaksanaan program rumah kos rendah bergantung kepada peruntukan kerajaan sama ada daripada kerajaan negeri atau persekutuan,” katanya. – Bernama

    Gambar bertarikh 27 April 2023 menunjukkan Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (tengah) semasa mendengarkan penerangan daripada ketua seksyen sistematik botani. LPPB Sabah setakat ini telah membina 29,218 unit rumah kos rendah di seluruh negeri. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -