Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    LTAB lancar kempen menarik

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Lapangan terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), Jabatan Penerbangan Awam, petang tadi, telah melancarkan kempen ‘Brunei International Airport V40 Drive Away Spend & Win’ yang menawarkan sebuah kereta Volvo, pada majlis yang berlangsung di Dewan Terminal LTAB.

    Hadir bagi melancarkan kempen tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Awang Zakaria bin Haji Mohammad Ali; Ketua Perbankan Runcit dan Divisyen Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dan wakil daripada MS Titanstar, Julian Wee.

    Pemangku Timbalan Pengarah Penerbangan Awam, Awang Muhammad Emmy Shandy Khairul bin Haji Kadir semasa menyampaikan ucapannya menyatakan, kempen itu adalah salah satu mekanisme permulaan dalam pemodenan LTAB dan diharap lebih banyak acara akan diadakan pada masa akan datang untuk menjadikan LTAB salah satu lapangan terbangan dalam Top 100 di bawah Skytrax.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda