Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    L/terbang Eindhoven ditutup akibat bau pelik

    THE HAGUE, 11 Julai – Penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda tergendala selama dua jam hari ini apabila menara kawalan terpaksa dikosongkan akibat bau tidak menyenangkan.

    Eindhoven, terletak di selatan Belanda, adalah hab udara kedua terbesar negara itu selepas Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam dan tujuh penerbangan masuk terpaksa dilencongkan sementara akibat kelewatan berikutan pesawat menunggu untuk terbang.

    “Lapangan terbang Eindhoven kembali beroperasi selepas lalu lintas tergendala akibat bau pelik dalam menara kawalan,” kata pegawai lapangan terbang.

    Penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda tergendala selama dua jam hari ini apabila menara kawalan terpaksa dikosongkan akibat bau tidak menyenangkan.
    Penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda tergendala selama dua jam hari ini apabila menara kawalan terpaksa dikosongkan akibat bau tidak menyenangkan.

    Selepas pengawal trafik udara (ATC) mengadu bau pelik menyebabkan tekak mereka loya, pihak keselamatan lapangan terbang memaklumkan perkhidmatan bomba Eindhoven mengarahkan supaya mengosongkan menara. Pangkalan Udara Tentera Belanda pusat mengambil alih kawalan dan melencongkan tujuh penerbangan ke Schiphol serta Maastricht di tenggara dan Weeze di sempadan Jerman.

    “Kami tidak menemui apa-apa yang membimbangkan,” kata seorang anggota bomba dari rantau tenggara Brabant menerusi Twitter, selepas menjalankan beberapa pemeriksaan.

    Dua jam kemudian, ATC dibenarkan kembali bertugas selepas ukuran udara tidak menunjukkan sebarang keputusan membimbangkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda