Monday, February 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luah rasa syukur terlibat upacara perbarisan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Satu detik penuh bersejarah dilakar oleh Negara Brunei Darussalam dengan meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK-41), meskipun hujan renyai-renyai pada awal pagi dan disusuli panas terik cahaya matahari semakin menyelubungi ibu kota hari ini namun suasana itu tidak mematahkan semangat para peserta dalam sama-sama menjayakan sambutan yang amat dinanti-nantikan setiap tahun.

    “Inilah masanya untuk kita sama-sama menunjukkan curahan kecintaan kita kepada negara. Dengan adanya penglibatan seluruh lapisan masyarakat di negara ini terutamanya dalam acara-acara kenegaraan sebegini, ia diharap akan dapat mendidik jiwa kita semua agar demi bersatu padu dalam mencapai matlamat negara,” ucap Awangku Mohd Uwais Shah bin Pengiran Mohd Safuandi Shah selaku salah seorang peserta persembahan.

    Turut berkesempatan ditemui Media Permata ialah Setiausaha Kehormat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Dayang Norliham binti Haji Tuah antaranya merakamkan rasa syukur kerana dapat ikut serta dalam upacara perbarisan tersebut.

    “Demi sama-sama menyahut Wawasan Negara 2035 dan juga selaras dengan tema hari kebangsaan Bersatu Mencapai Cita Negara, satu perkara yang perlu disemai ialah terus memainkan peranan dalam sama-sama mencurahkan segala pengorbanan dan kesetiaan pada agama, bangsa dan negara ini khususnya mengorak langkah mengikuti kerja-kerja amal dan juga apa sahaja acara kebangsaan dari semasa ke semasa. Selamat Menyambut Ulang Tahun HK-41!,” ujarnya.

    Antara pelajar PB yang telah diamanahkan untuk mempersembahkan seni silat dalam salah satu segmen persembahan istimewa semasa upacara perhimpunan agung kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Dayang Norliham (dua dari kiri) selaku antaranya merakamkan kesyukuran dengan adanya rezeki penglibatan dalam perbarisan pada upacara perhimpunan agung HK-41, kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda