Assalamualaikum, saya merupakan salah seorang pemegang saham bank. Tujuan saya menulis tentang perkara ini bukanlah untuk kepentingan saya sendiri tetapi juga untuk para pemegang saham yang lain.
Saya menulis ini dengan harapan pihak pengerusi baharu akan dapat menjalankan tugas-tugas untuk memajukan keuntungan bank yang berkenaan.
Dapat saya perhatikan, sudah dua sehingga tiga tahun peratus saham dalam keadaan yang sama dan tidak menampakkan sedikit peningkatan.
Jika dibandingkan dengan syarikat yang lain, saham pada tahun 2022 diberikan sebanyak 0.40 sen dan pada tahun 2023 saham dinaikkan lagi menjadi 0.50 sen.
Kami sebagai pemegang saham semestinya mahu dan berharap ada peningkatan dalam peratus saham.
Kami berharap pengerusi yang baharu akan dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan setiap bulan Jun dan juga pembahagian saham bagi bulan Julai dan Ogos bagi tahun ini serta tidak ditangguhkan sehingga ke bulan Disember tahun ini.
Pemegang saham







