PESAWAT kertas biasanya mengambil masa satu minit untuk disiapkan, tetapi seorang artis ini telah menghabiskan masa sembilan tahun untuk menyiapkannya, dan ia masih belum selesai. Tetapi, sekali lagi, ini bukalah pesawat kertas biasa, namun ia adalah replika sempurna pesawat Air India Boeing 777 berskala 1:60.
Luca Iaconi-Stewart berusia 25 tahun, seorang pereka muda dari San Francisco, menggambarkan dirinya sebagai ‘orang gila yang sangat menyukai bidang penerbangan’ dan, setelah mendengar bahawa dia telah menghabiskan lebih dari 10,000 jam, selama sembilan tahun, hanya mengusahakan pesawat kertas di rumah ibu bapanya, sesetengah orang mungkin tidak berminat untuk membuatnya dalam tempoh yang agak lama. Namun sebaik sahaja anda melihat tahap perincian yang dia tonjolkan dalam potongan kertasnya itu, anda akan merasa kagum dengannya.
Iaconi-Stewart sentiasa terpesona dengan kapal terbang, tetapi projek epiknya itu bermula pada tahun 2008, ketika dia melihat gambar Air India Boeing 777 beredar di Internet. “Kadar reka bentuknya adalah begitu cantik,” katanya kepada GE Reports baru-baru ini. “Tetapi tiada lukisan kejuruteraan didapati”. Nasib baik, kita hidup dalam masa di mana anda boleh mencari apa sahaja di dalam talian, jadi dia mula mencari gambar dan pelan rajah pesawat itu.
“Nasib baik, pada masa ini banyak gambar-gambar dan video dalam talian yang telah memberikan idea untuk saya,” kata Luca. “Selama bertahun-tahun saya telah mengumpulkan koleksi beratus-ratus gambar yang saya gunakan untuk membuat pelan saya sendiri. Saya juga mendapat panduan latihan bagi 777-200ER yang telah dihantar oleh seseorang melalui mesej dalam talian, dan ini sangat berguna bagi setiap bahagian-bahagian pesawat seperti sayap, yang sedang saya reka.”


Sebaik sahaja dia mendapat semua bahan yang diperlukannya, pereka yang berpangkalan di San Francisco itu mula mengusahakannya melalui siri lukisan komputer, mencetaknya dalam kertas ‘manila folders’, memotongnya dengan pisau X-Acto, mengutipnya dengan penyepit kecil, dan dilekatkan bersama untuk menghasilkan semua komponen yang diperlukan. Kedengarannya cukup mudah, tetapi menyempurnakan setiap perincian dengan betul adalah sangat sukar, dari baut dan engsel sehinggalah enjin GE90-115B yang sangat rumit dan paip hidraulik, dan memastikan semuanya dihasilkan sama seperti pesawat sebenar.
Pada tahun 2014, apabila pelan kertas Luca Iaconi-Stewart yang sangat terperinci itu mula tersebar, dia mendedahkan bahawa dia telah menghabiskan seluruh musim panasnya dengan hanya membina kerusi penumpang (20 minit untuk kerusi kelas ekonomi, empat hingga enam jam untuk kelas perniagaan, dan lapan jam untuk kelas pertama), dan bahkan menamatkan sesi kolejnya untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada projeknya itu.
Tetapi selepas sembilan tahun, ‘pesawat kertas paling bergaya’ itu masih di dalam pembuatannya. Iaconi-Stewart memberitahu GE bahawa dia telah mengusahakan satu lagi projek tahun lalu, dan dia kini memfokuskan kepada bahagian sayapnya, komponen utama terakhir bagi replika itu.

“Saya telah menghabiskan masa saya pada tahun lepas untuk mereka iklan Singapore Airlines, dan kini saya baru saja kembali mereka bentuk sayapnya, yang merupakan bahagian penting terakhir yang perlu diletakkan,” kata pereka itu. “Saya kini mengusahakan bahagian ‘slatnya’ (terdapat kemas kininya pada saluran YouTube saya), dan mungkin beralih ke bahagian ‘flap’ pesawat itu dalam masa terdekat. Tarikh akhir siap pelaksanaannya sentiasa berubah dan saya rasa bahawa ia akan membawa saya sekurang-kurangnya sepanjang tahun untuk menyiapkan projek ini.”
Tetapi dalam keadaan semasa, model Iaconi-Stewart adalah satu keajaiban untuk dilihat, terutamanya enjin pesawat yang begitu kompleks. “Ini adalah model yang sangat tepat bagi enjin GE90,” kata ketua perintis Boeing 777, Richard Sowden kepada GE Reports. “Ianya sangat menarik untuk mengikuti pembinaannya mengikut urutan dan melihat butir-butir enjin yang hanya dibuat dengan kertas.”
Sama ada pereka berusia 25 tahun itu akan mula membina pesawat kertas rumit lainnya, dia tidak begitu pasti. “Saya masih meragui bahawa ini adalah pesawat kertas yang saya akan bina, namun saya tidak tergesa-gesa untuk memulakan satu projek yang sama, selagi bukan sebagai satu hobi. Saya ingin meneroka bidang reka bentuk lain di luar bidang pembuatan model reka bentuk,” katanya semasa ditemubual. “Kita lihat sahaja oada masa hadapan!.”
Untuk mengikuti kemajuan Luca Iaconi-Stewart dan pesawat kertasnya yang menakjubkan ini dan lebih banyak gambar-gambarnya, ikuti profilnya di Flickr dan YouTube.