Luas dan menarik

HYUNDAI Palisade 2020 menampilkan segmen kereta yang memiliki tiga barisan tempat duduk dan SUV terbesar dari jenama Korea itu berjanji akan menyajikan reka bentuk yang menarik perhatian dari pelbagai sudut.

Palisade memiliki dasar roda yang berukuran 114.2 inci dan mempunyai ukuran panjang 196.1 inci dan juga model ini mempunyai kelebaran 3.6 inci dan 2.0 inci dari segi ketinggian.

Dengan ukuran tersebut, ia membuktikan Palisade merupakan antara kenderaan yang bersaiz besar dan mempunyai ruang kabin yang luas, dengan ruang penumpang yang luas sementara barisan ketiga bagi tempat duduk penumpang sesuai untuk penumpang yang berketinggian enam kaki. Manakala ruang kargo berukuran 18 kaki persegi.

Sementara dari segi enjin, Palisade dilengkapi dengan enjin 3.8 liter V6 dan boleh mencapai 291 kuasa kuda pada tahap 6,000 rpm sementara tork tertinggi adalah pada tahap 5,000 rpm. Enjin V6 ini boleh mencapai 60mph dalam tempoh 7.5 saat.

Apa yang menarik lagi, fungsi sistem all-wheel-drive yang terdapat di dalam Palisade ini memberikan kenyamanan apabila memandu dalam keadaan salji. Fungsi dial putaran di sebelah punat penukaran transmisi itu menyediakan fleksibiliti mod pemanduan di atas jalan raya seperti Comfort, Eco, Sport dan Smart sementara untuk di luar jalan raya seperti Snow, Mud dan Sand di mana sistem all-wheel-drive itu diselaraskan berdasarkan tork bahagian depan hingga ke belakang.

Ruang depan yang dilengkapi jeriji disaluti warna logam. – Agensi
Antara fungsi yang terdapat di dalam Hyundai Palisade 2020. – Agensi
Bentuk lampu LED yang unik dan mantap. – Agensi
Memiliki ruang yang luas dan memberi keselesaan kepada penumpang. – Agensi
Hyundai Palisade 2020 menampilkan segmen kereta yang memiliki tiga barisan tempat duduk. – Agensi

Apabila bercakap mengenai pemanduan, ia berkaitan dengan suspensi kenderaan yang mana pergerakan badan kenderaan seperti Palisade ini memberi keselesaan kepada para penumpang dan disepadukan lagi dengan sistem pacuan semua roda dan mod pemanduan akan menambah berat pada stering tatkala pemandu berubah daripada Comfort kepada Sport sekali gus ia memberi kenyamanan dan kestabilan apabila melalui perjalanan yang jauh.

Dari segi reka bentuk luaran, apa yang menarik perhatian adalah tiang-C krom gergasi dan penyusunan lampu puncak serta LED gergasi dan ditambah lagi dengan jeriji disaluti warna logam sekali gus memberikan reka bentuk yang padu dan lebih klasik.

Ruang dalaman pula, Palisade dilengkapi dengan campuran bahan yang berkualiti tinggi serta permukaan yang lembut dan menampilkan bahan kulit yang nyaman dan memberi keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang. Bahagian tengah pada barisan tempat duduk kedua pula memiliki kerusi yang boleh dilipat untuk memberi ruang untuk ke bahagian tempat duduk belakang.

Ia ditambah lagi dengan skrin sentuh berukuran 8 inci bagi standard dan boleh ditukar menjadi unit berukuran 10.3 inci dan disertakan bersama navigasi. Model Ultimate juga dilengkapi dengan digital TFT berukuran 12.3 inci dan skrin kecil dilengkapi dengan meter laju dan takometer analog.

Antara kelengkapan standard yang terdapat di dalam Palisade ini ialah tujuh tempat USB, 16 penyimpan cawan dan fungsi tunda yang boleh menunda sehingga 5,000 paun, manakala senarai komprehensif standard bagi ciri keselamatan adalah Kawalan Pemanduan Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Pemantauan Pemandu, Lampu Puncak Adaptif, Pemantauan Titik Buta dan Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan dan Belakang. – Agensi