TRZEBINIA, POLAND – Dua dekad selepas lombong batu arang tempatan ditutup, penduduk di bandar selatan Poland hidup dalam ketakutan bahawa tanah akan runtuh di tempat kediaman mereka selepas 20 lubang benam muncul dua tahun lalu. Lima kawah telah muncul tahun ini di kawasan Trzebinia. Lima bulan lalu, sebuah lubang besar ‘menelan’ kubur di tanah perkuburan.