Tuesday, March 4, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lubang jalan ditumbuhi pokok pisang

    HAVANA, 3 MAC – Sebuah lubang jalan yang tidak dibaiki selama tiga tahun di El Cerro, Havana kini menjadi kebun pisang, sekali gus mencerminkan krisis infrastruktur yang berlarutan di Cuba.

    Memetik laporan Oddity Central, keadaan jalan raya negara itu semakin merosot, dengan 70 peratus daripada keseluruhan jalan berada dalam keadaan ‘biasa’ atau ‘buruk’.

    Namun, beberapa jalan berada dalam keadaan yang sangat teruk sehingga hampir tidak boleh digunakan.

    Di El Cerro, sebuah lubang besar yang asalnya berpunca daripada paip air bocor kini ditumbuhi pokok pisang yang dijaga oleh penduduk.

    “Selepas tiga tahun, mereka datang dan membaiki paip, tetapi jalan ini tidak diturap semula,” kata seorang penduduk.

    “Kami mahu pihak berkuasa datang dan menurap jalan, tetapi sementara itu, pokok pisang ini berbuah, jadi kami manfaatkannya kerana makanan sangat mahal.”

    Salah seorang penduduk tempatan menganggap diri mereka bertuah kerana memiliki pokok pisang percuma di depan rumah mereka. Malah, mereka menyiram pokok itu tiga kali sehari bagi memastikan hasilnya kekal subur.

    Tiada sesiapa yang tahu bagaimana benih asal boleh tumbuh di lubang jalan itu, tetapi kejadian itu jelas menunjukkan keadaan infrastruktur yang terabai di ibu negara Cuba.

    Setiap hari, kenderaan melalui lubang jalan yang kini menjadi kebun pisang, tetapi bagi penduduk setempat, ia bukan lagi sesuatu yang pelik. Malah, tanaman itu telah
    menjadi tarikan tempatan yang unik. – Agensi

    Tidak ada yang tahu bagaimana pokok pisang boleh tumbuh di lubang jalan itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda