Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Lubang’ punca penunggang basikal cedera

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Brunei Darussalam (AITI) menjelaskan bahawa kejadian tular di mana penunggang basikal pada waktu malam cedera dan dirawat di hospital, adalah disebabkan penutup lurang telekomunikasi yang hilang.

    AITI dan Unified National Network Sdn Bhd (UNN) segera menjalankan siasatan di lokasi berkenaan di mana, dipercayai sebahagian daripada lurang telekomunikasi yang hilang dialihkan secara haram atau dicuri. Bagi mencegah kejadian seterusnya, UNN segera memasang penutup lurang baharu, jelas AITI dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    AITI dalam kenyataan itu mengingatkan orang awam bahawa seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 49 Perintah Telekomunikasi 2001, barang siapa yang menanggalkan, memusnahkan atau merosakkan sebarang pemasangan atau loji bagi telekomunikasi boleh dijatuhi denda tidak melebihi $50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Sehubungan dengan itu, AITI meminta orang ramai yang mendapat sebarang aktiviti mencurigakan seumpamanya supaya membuat laporan kepada pihak polis.

    Sesiapa yang terlibat dalam kehilangan atau kecurian penutup lurang telekomunikasi boleh didenda atau dipenjara. – Gambar serahan AITI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda