Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lubnan di ambang perang skala penuh – Guterres

    NEW YORK, 9 OKT – Lubnan berada ‘di ambang peperangan besar-besaran’, tetapi masih ada masa untuk menghentikannya, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kelmarin.

    Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PBB di New York, Guterres berkata Timur Tengah ‘berada dalam situasi yang sangat tegang dan tidak stabil’.

    “Saya telah memberikan amaran selama berbulan-bulan tentang risiko konflik merebak,” kata ketua PBB, sambil menambah bahawa keadaan di Tebing Barat yang diduduki ‘semakin memuncak’, dan serangan di Lubnan mengancam seluruh rantau.

    Beliau berkata bahawa sejak beberapa hari kebelakangan ini, kejadian berbalas tembakan antara Hizbullah dan pihak lain di Lubnan dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah meningkat di sepanjang Garis Biru, tanpa menghiraukan resolusi Majlis Keselamatan 1701 dan 1559. – Xinhua

    Guterres bercakap kepada akhbar di luar Dewan Keselamatan di ibu pejabat PBB di New York, pada 8 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda